Thursday 12 March 2015

Kursus Induksi Persijilan Kemahiran Malaysia 2015

IPGKTHO: Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan satu Kursus Induksi Persijilan Kemahiran Malaysia atas permohonan Jabatan KH, IPGKTHO khas untuk pensyarah-pensyarah yang akan menjadi pegawai pemantau / penilai luar kepada JPK untuk menyelia calon-calon pensyarah Kolej Vokasional di seluruh Malaysia yang akan mengambil Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).  Kursus ini adalah wajib kepada bakal-bakal penyelia yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari IPGK Pendidikan Teknik dan IPGK Tun Hussein Onn.  Kursus induksi ini diadakan pada 12-13 Mac 2015 di bilik mesyuarat Jabatan Kemahiran Hidup.

Monday 2 February 2015

Penggubalan Jadual 3 Struktur Baharu PISMP Bidang RBT Ambilan Jun 2015

IPGK Perempuan Melayu, Melaka: Dalam mesyuarat Senat yang lepas, IPGK Tun Hussein Onn diberi tanggungjawab sebagai penyelaras untuk membina struktur kursus baharu iaitu Jadual 3 dalam format yang baharu bagi bidang RBT ambilan Jun 2015.  Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penggubalan Jadual 3 Fasa 1 telah diadakan dengan jayanya pada 2-5 Februari 2015 di IPGK Perempuan Melayu, Melaka.  Terima kasih kepada semua wakil-wakil penggubal dari seluruh IPG terlibat dan pegawai IPGM yang turut serta dalam menjayakan penggubalan tersebut.

Wednesday 14 January 2015

Kursus Penyediaan Fail Portfolio SKM 2015

IPGKTHO: Kursus Penyediaan Fail Portfolio Sijil Kemahiran Malaysia yang diadakan pada 14 Januari 2015 bertujuan untuk membantu para pensyarah-pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup yang memohon untuk mendapatkan sijil SKM berdasarkan kaedah Pengiktirafan Pencapaian terdahulu (PPT).  Kursus ini disampaikan oleh mentor yang berpengalaman dari IPGK Pendidikan Teknik.  Diharapkan agar kursus ini dapat membantu para pensayarah di IPGKTHO untuk melengkapkan fail masing-masing dan lulus dalam temuduga tersebut.

Monday 1 December 2014

Mesyuarat Akhir Tahun 2014 Jabatan KH

Kuching : Mesyuarat akhir tahun Jabatan Kemahiran Hidup IPGKTHO telah berjaya dilaksanakan di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak pada 1-3 Disember 2014. Mesyuarat ini juga diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim dengan IPG Kampus Batu Lintang.  Selain daripada itu, kami turut dibawa melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuching sebelum bertolak pulang ke semenanjung.

Sunday 16 November 2014

Kursus Asas Jahitan

IPGKTHO: Bidang Ekonomi Rumah Tangga (ERT) telah berjaya menganjurkan satu Kursus Asas Jahitan pada 16-18 November 2014 yang bertempat di makmal jahitan, Jabatan KH. Sasaran peserta kursus adalah daripada kalangan pensyarah Jabatan KH. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta kursus yang bersama-sama menjayakan kursus ini.

Wednesday 27 August 2014

Mesyuarat Penggubalan Soalan Peperiksaan Akhir RBT Semester 2/2014

MELAKA:  Jabatan Kemahiran Hidup IPGKTHO telah mengadakan Mesyuarat Penggubalan Soalan Peperiksaan Akhir RBT Semester 2/2014 yang bertempat di Avillion Legacy Hotel, Melaka selama 4 hari 3 malam.  Kursus ini diadakan pada 25-28 Ogos dan melibatkan 19 orang penggubal dan 2 orang IEE.

Wednesday 20 August 2014

Majlis Jamuan Hari Raya dan Majlis Perpisahan

IPGKTHO, Bt. Pahat, Johor : Jabatan Kemahiran Hidup telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya dan Majlis Perpisahan rakan sejabatan yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd. pada bulan September nanti. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn. Jama'iton Binti Harun. Majlis yang diadakan secara 'pot-luck' ini turut dimeriahkan oleh rakan sejabatan yang baru sahaja bersara pada awal tahun ini, iaitu Tn. Hj. Roseli Bin Mohd Tan dan En. Zulkefli Bin Ariffin. Semoga hubungan silaturrahim sesama kita akan terus berkekalan.