Tuesday 18 December 2012

PGSR RBT AMBILAN 2008

IPGKTHO: Program pelajar PGSR ambilan 2008 opysen RBT telah dijalan pada 18 Disember 2012 bertempat di kompleks Jabatan KH. Antaranya ialah; i.majlis perasmian GAZEBO, ii.'hi-tea' bersama pensyarah, iii.jamuan rantaian budi 2012. Majlis telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Roseli Mohd Tan selaku Ketua Jabatan KH.


Monday 10 December 2012

AutoCAD 2013

SEREMBAN: Pada 10 hingga 13 Disember 2012, IPGM bersama SIGMA RECTRIX SYSTEM (M) SDN.BHD., telah menganjurkan latihan penggunaan perisian AUTOCAD 2013 intermediate & advanced kepada 6 buah IPG kampus. IGKTHO telah dihadiri oleh En.Baharudin Saleh & En.Naaisham Mohamad. Latihan ini adalah keperluan IPG kampus untuk mengendalikan peralatan komputer baru yang disediakan.

Saturday 10 November 2012

JAMUAN MERAIKAN KEPULANGAN HAJI

IPGKTHO: Jamuan sempena meraikan kepulangan Hj Roseli Mohd Tan, Ketua Jabatan KH dari menunaikan fardhu haji. Jamuan diadakan pada 8.11.2012 di bilik pengurusan diri, Jabatan KH. Majlis dihadiri oleh Hj. Esa Abd Rahman selaku pemangku KJ KH, pensyarah KH dan staff KH.

Friday 9 November 2012

MESYUARAT JABATAN KH KALI KE-8

IPGKTHO: Mesyuarat Jabatan KH telah dijalankan pada 8.11.2012(khamis) bermula jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat KH. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Hj Esa Abd Rahman selaku pemangku Ketua Jabatan KH.

Wednesday 24 October 2012

KURSUS ASAS AutoCAD


IPGKTHO: Kursus AutoCAD dijalankan di Bilik Mesyuarat KH pada 23hb Oktober 2012. Kursus tersebut dihadiri oleh pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup dan disampaikan oleh En. Baharudin Bin Saleh, Pensyarah Jabatan KH.


Thursday 11 October 2012

GAZEBO: Projek Akhir Pelajar Semester 8 2012

  IPGKTHO: Projek akhir semester 8 2012 telah dikendalikan oleh En. Abdul Sukur Kamsir selaku pensyarah mata pelajaran. Sebanyak 6 buah gazebo telah direka bentuk oleh pelajar dan disiapkan untuk ditempatkan di sekitar kampus IPGKTHO.

LANDSKAP: Projek Laman Pelajar Semester 2 2012


 IPGKTHO: Hasil landskap oleh pelajar-pelajar pismp semester 2 2012 RBT yang terdapat di sekitar bangunan Jabatan KH. Landskap ini adalah sebagai daripada ujian amali untuk memenuhi mata pelajaran RBT 3104 yang dikendalikan oleh pensyarah mata pelajaran Puan Hjh Norzalia Muhamad dan Puan Norzeha Othman.



Wednesday 10 October 2012

MESYUARAT : Penyemakan Kerja Kursus Semester Jun 2012

IPGKTHO: Mesyuarat Penyemakan Markah Kerja Kursus Semester Jun 2012 telah dijalankan pada 10 Oktober 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan KH. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. Esa Abd Rahman dan penyelarasan markah telah dikendalikan oleh Pn Hjh Radziah selaku IEE IPGKTHO.

Wednesday 29 August 2012

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2012

IPGKTHO: Jamuan Hari Raya dijayakan pelajar semester 8, 2012 diadakan di Foyer Jabatan KH. Majlis disempurnakan oleh Ketua Jabatan KH. Tn Hj Roseli Mohd Tan dan dihadiri oleh para pensyarah Jabatan KH.

Tuesday 31 July 2012

INOVASI JABATAN KEMAHIRAN HIDUP

IPGKTHO : Pada 31 Julai 2012, pertandingan inovasi pengajaran & pembelajaran peringkat kampus IPG Tun Hussein telah dijalankan dan Jabatan Kemahiran Hidup telah menghantar sebanyak 3 penyertaan iaitu (i).Dr Chan Siew Meng, (ii). En Baharudin Saleh & En Abdul Sukur Kamsir, (iii). Tn Hj Abdul Shukur Nordin. Ketiga-tiga penyertaan telah berjaya mendapat anugerah perak dalam pertandingan inovasi tersebut.


Saturday 14 July 2012

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM

 PGKTHO ; Pada 14.7.2012 bertempat di Jabatan KH telah dijalankan kursus penanaman cendawan tiram. Kursus ini disertai oleh pensyarah JKH dan pelajar semester 5 PISMP RBT. Pn Norzeha selaku coordinator kursus dan pensyarah dari Kolej Komuniti Batu Pahat telah memberi tunjuk ajar kaedah penanaman cendawan tiram. Ketua Jabatan KH mengucapkan syabas dan tahniah di atas kursus yang telah dianjurkan ini.