Thursday 14 November 2013

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PENSYARAH 2013

IPGKTHO, Batu Pahat, Johor: (14.11.2013) Bertempat di Bilik LDP 4, telah berlangsung seminar penyelidikan pensyarah IPGK Tun Hussein Onn. Setiap Jabatan telah menghantar wakil untuk membentang hasil penyelidikan yang telah dijalankan. Jabatan Kemahiran Hidup (JKH) telah diwakili oleh Puan Fauziah Ishak dan Encik Baharudin Saleh, Jabatan Sains Matematik diwakili oleh Puan Norilla Satari dan Jabatan Bahasa telah diwakili oleh Dr Rafiah Abd Rahman.Ketua Jabatan mengucapkan syabas di atas pembentangan hasil kajian yang dijalankan.



Thursday 24 October 2013

KURSUS VOCATIONAL TRAINING OFFICER (VTO), EXECUTIVE (VTE) & MANAGER (VTM)

IPGKTHO, Batu Pahat, Johor : Pada 21 hingga 24 Oktober 2013 telah berlangsung kursus anjuran Jabatan Kemahiran Hidup bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kursus pembangunan manual latihan & portfolio Competency Based Training (CBT), Vocational Training Officer (VTO), Vocational Training Executive (VTE) & Vocational Training Manager (VTM) telah dihadiri oleh pensyarah Jabatan KH,Jabatan Kajian Sosial, Unit Kokurikulum,  pensyarah Jabatan Pengajian Teknikal, IPG Kampus Perlis, pegawai KEMAS, Batu Pahat, guru Kolej Vokasional Batu Pahat & Sekolah Menengah serta pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru. Penceramah dari IPG Kampus Pendidikan Teknik Enstek, Nilai En.Abdul Rahman dan En. Mohd Nazi selaku wakil dari Jabatan Kemahiran Malaysia dan CIAST, Shah Alam telah memberi pelbagai maklumat berkaitan kursus ini. Ketua Jabatan JKH mengucapkan syabas dan tahniah atas penganjuran kursus ini.

Friday 27 September 2013

MESYUARAT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


Johor Bahru, Johor: Pada 27 - 29 September 2013 bertempat di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Kemahiran Hidup, IPGKTHO Batu Pahat, Johor telah mengadakan Mesyuarat Pembangunan Profesionalisme. Antara agenda utama adalah perancangan jadual waktu dan perancangan aktiviti jabatan bagi tahun 2014. Ketua Jabatan, Tn Hj Roseli Mohd Tan mengucapkan tahniah dan syabas atas komitmen staff jabatan yang hadir.




Thursday 22 August 2013

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI


IPGKTHO, Batu Pahat,Johor: Jamuan Hari Raya Aidilfitri kelolaan pelajar PISMP sem.8 ambilan 2010 telah berlangsung pada 22.8.2013, jam 8.00 malam bertempat di Foyer, Jabatan Kemahiran Hidup. Ketua Jabatan, Tmbalan Ketua Jabatan dan pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup, rakan pensyarah dan staff bukan akademik IPGKTHO hadir memeriahkan jamuan tersebut. Tn Hj Roseli Md Tan selaku Ketua Jabatan KH mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar PISMP sem.8 ambilan 2010 & En. Abdul Sukur selaku penasihat kerana telah berjaya mengendalikan jamuan tersebut. 


Monday 22 July 2013

KURSUS PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN & TUGASAN KERJA KURSUS

IPGKTHO, Batu Pahat Johor: Kursus penggubalan soalan peperiksaan & tugasan kerja kursus telah dijalankan pada 22.7.2013 di Balai Persidangan. Pensyarah yang terlibat ialah dari Jabatan KH, PIPK dan IP. Kursus telah dikendalikan oleh Dr. Kamisah selaku IEE IPGKTHO, telah menerangkan penggubalan soalan dan tugasan kerja kursus yang menepati piawaian serta memenuhi syarat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KeBAT).





Friday 19 July 2013

KURSUS HRMIS

IPGKTHO, Batu Pahat, Johor: Pada 19 Julai 2013, bertempat di makmal komputer 1, blok bestari telah dijalankan kursus HRMIS. Kursus ini adalah bagi memantapkan para pensyarah KH dalam penggunaan aplikasi HRMIS. Aplikasi ini bertujuan untuk pengurusan prestasi bagi semua pensyarah di IPGKTHO. Kursus dikendalikan oleh Tn Hj Esa Abdul Rahman yang menerangkan langkah-langkah bagi melengkapkan borang pengurusan prestasi. Ketua Jabatan mengucapkan tahniah diatas komitmen yang ditunjukkan oleh pensyarah KH.



Tuesday 9 July 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & SEMPENA MERAIKAN BAKAL HAJI

IPGKTHO, Batu Pahat: Pada 9.7.2013, majlis sambutan hari raya Adilfitri telah diadakan bertempat di bilik pengurusan diri, Jabatan KH. Pada majlis tersebut, Ketua Jabatan, Tn Hj Roseli dan semua staff Jabatan KH mengambil kesempatan meraikan En Ismail Saiman yang akan menunaikan fardhu haji pada bulan Oktober nanti. Antara aturcara program adalah; i. ucapan KJ, ii. ucapan En. Ismail, iii. Marhaban dan iv. jamuan. Ketua Jabatan mengucapkan syabas dan tahniah atas kelolaan majlis ini.

Wednesday 15 May 2013

MAJLIS PERPISAHAN EN. VESPANATHAN

IPGKTHO, Batu Pahat, Johor: Pada 15.5.2013 telah berlangsung majlis perpisahan khas buat En. Vespanathan. Majlis telah dihadiri oleh Ketua Jabatan KH, Tn Hj Roseli Md Tan, Timbalan KJ KH, Tn Hj Esa Abdul Rahman serta semua staf jabatan KH. Beliau akan berpindah ke IPG Kampus Ipoh, Perak berkuat kuasa 1.5.2013. Ketua Jabatan KH mengucapkan terima kasih dan perhargaan yang tidak terhingga di atas komitmen dan jasa beliau selama bertugas di IPG Kampus Tun Hussein Onn. Semoga En. Vespa akan meneruskan kerjaya sebagai pensyarah yang cemerlang di tempat baru kelak. Terima Kasih En.Vespanathan dari kami di Jabatan Kemahiran Hidup, IPGKTHO. Sayonara, jam mata ashita (Selamat Jalan, Jumpa lagi di masa akan datang).

Wednesday 8 May 2013

KARNIVAL JKH 2013

IPGKTHO, Batu Pahat, Johor: Pada 8 & 9.5.2013 telah berlangsung Karnival Jabatan Kemahiran Hidup, pelbagai aturcara dan program disediakan untuk tarikan pengunjung. Terdapat juga gerai jualan dan ruang pameran untuk pengunjung membeli belah dan mendapatkan info berkenaan Jabatan Kemahiran Hidup, IPGKTHO. Karnival JKH telah dirasmikan oleh Pengarah IPGKTHO, Pn Hjh Zaleha Binti Onn dengan gimik pelancaran berbentuk "Fun Fly". Ketua Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas atas komitmen dan kejayaan menyempurnakan Karnival kepada semua staff dan pensyarah JKH.





Monday 8 April 2013

PERHIMPUNAN BULANAN IPGKTHO

IPGKTHO, Batu Pahat, Johor: Pada 8.4.2013, Jabatan Kemahiran Hidup mengendalikan perhimpunan bulanan staff 2013 bagi bulan April. Perhimpunan bulanan ini dihadiri oleh Pengarah IPGKTHO dan semua staf akademik dan staf bukan akademik IPGKTHO. Pelbagai aturcara telah disediakan antaranya : i. Ucapan Pengarah, Puan Hajjah Zaleha binti Onn, ii. Penyampaian Sumbangan & hadiah hari lahir staff oleh Kelab Staff, iii. Pelancaran Modul Pembelajaran Reka Bentuk &  Teknologi, iv. Bicara Profesional oleh Puan Hajjah Radziah v. Taklimat Jawatankuasa Lestari oleh En Tokiap. Ketua Jabatan mengucapkan syabas & tahniah kepada semua staff Jabatan KH atas komitmen yang diberikan sepanjang perhimpunan bulanan berlangsung .


Thursday 4 April 2013

LAWATAN PENANDA ARAS MQA OLEH IPGK TEKNIK, ENSTEK.

IPGKTHO Batu Pahat, Johor: Lawatan oleh pensyarah Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi, IPG Kampus Teknik, Enstek, Nilai, Negeri Sembilan ke IPGKTHO telah berlangsung pada 4.4.2013. Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui pelaksanaan MQA yang telah dilakukan oleh Jabatan Kemahiran Hidup bagi progam PISMP kursus Reka Bentuk dan Teknologi. Perbincangan telah dijalankan di bilik Mesyuarat Jabatan KH, IPGKTHO dan dirasmikan Pengarah IPGKTHO, Puan Hajjah Zaleha Onn.

Monday 25 March 2013

AMALI ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

IPGKTHO, Batu Pahat, Johor: Bertempat di Bilik Lukisan Kejuruteraan, Jabatan Kemahiran Hidup pelajar-pelajar Reka Bentuk Teknologi DPLI KDC interim ambilan disember 2012, menjalani kelas amali asas lukisan kejuruteraan. Pelajar-pelajar tersebut wajib menjalani kelas amali ini bagi persediaan untuk kelas amali lukisan terbantu komputer (AUTOCAD). Keperluan mereka mempelajari topik ini adalah bagi menerapkan ilmu pengetahuan dalam teknologi kejuruteraan bagi membolehkan mereka menghasilkan projek inovasi masa depan.







Friday 22 March 2013

KURSUS PEMANTAPAN PENGGUNAAN 'LMS'


IPGKTHO, Batu Pahat, Johor: Pada 22.3.13(Jumaat), bertempat di Bilik Mesyuarat JKH telah dijalankan kursus pemantapan penggunaan LMS untuk pensyarah Jabatan KH. Kursus disampaikan oleh Tn Hj Amin Semon, pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan. Matlamat utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kompetensi pensyarah dalam penggunaan 'on line learning'. Ketua Jabatan mengucapkan syabas kepada semua pensyarah yang hadir.

Friday 8 March 2013

MESYUARAT JABATAN KH KALI KE-3

IPGKTHO, Batu Pahat : Jabatan KH mengadakan mesyuarat jabatan pada 8.3.2013 (Jumaat), 2.45 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan KH. Antara agenda ialah; i. Persediaan jabatan untuk perhimpunan bulanan, ii. Persiapan Karnival KH dan lain-lain hal. Tn.Hj. Roseli Md Tan selaku ketua jabatan mengucapkan setinggi-tinggi perhagaan terima kasih di atas penglibatan semua pensyarah yang hadir.




Friday 1 March 2013

BIG PELAJAR RBT SJKT & SJKC

MERSING, Johor : Pada 26.2.13 hingga 1.3.13 bertempat di Telok Gorek Camp Site, Kg Tanjung Resang, Mersing seramai 23 pelajar RBT SJKT dan 7 pelajar RBT SJKC ambilan Januari 2013 terlibat di dalam program Bina Insan Guru (BIG). 2 orang tutor Jabatan KH iaitu En. Baharudin Saleh (RBT SJKT) dan Dr Chan Siew Meng (RBT SJKC) telah terlibat sama sepanjang program BIG berlangsung. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah: i. Water Confidence, ii. Kembara, iii. membina rakit, iv. asas bantu mula, v. LDK yang diberi tunjuk ajar oleh jurulatih dan fasilitator program. Program telah dirasmi penutupan oleh En. Rousliluddin Ambia  selaku Ketua Jabatan HEP.


Friday 1 February 2013

PENSYARAH BARU JABATAN KH

 SELAMAT DATANG KE IPGKTHO

Jabatan Kemahiran Hidup menerima kehadiran 3 orang pensyarah baru pada awal Januari 2013.
Mereka ialah;
1. Cik Halimatun Sa'adiah Bt Harith pensyarah Kemahiran Teknikal ditempatkan di Unit Ko-kurikulum (KoKu)
2. Pn Zuraida Bt Talib pensyarah Ekonomi Rumah Tangga ditempatkan di Jabatan Kemahiran Hidup (JKH)
3. En Ahmad Shafarin Bin Shafie pensyarah Kemahiran Teknikal ditempatkan di Unit Latihan DalamPerkhidmatan (LDP).

En Ahmad Safarin Shafie


Cik Halimatun (kiri) & Pn Zuraida (kanan)

Ketua Jabatan Kemahiran Hidup mengucapkan selamat datang ke IPGKTHO amnya dan ke Jabatan Kemahiran Hidup khasnya. Semoga dengan kehadiran para pensyarah ini akan mengukuhkan dan memantapkan lagi Jabatan Kemahiran Hidup seiring dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

 

Monday 7 January 2013

REFLEKSI JABATAN KEMAHIRAN HIDUP 2012



Ucapan perasmian oleh Pengarah, Pn Hjh Zaleha Onn
Melaka : Jabatan KH telah mengadakan refleksi dan mesyuarat pada 25.12.2012 hingga 27.12.2012 bertempat di Hotel Legacy, Melaka. Refleksi dan mesyuarat telah dirasmikan oleh Pn. Hjh Zaleha Binti Onn, Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn. Pensyarah Jabatan KH yang hadir telah dapat membuat perancangan 2013, refleksi dan mesyuarat dengan lancar demi memantapkan Jabatan KH.Ketua Jabatan KH, Tn Hj Roseli Md Tan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pensyarah KH yang hadir.