Monday 1 December 2014

Mesyuarat Akhir Tahun 2014 Jabatan KH

Kuching : Mesyuarat akhir tahun Jabatan Kemahiran Hidup IPGKTHO telah berjaya dilaksanakan di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak pada 1-3 Disember 2014. Mesyuarat ini juga diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim dengan IPG Kampus Batu Lintang.  Selain daripada itu, kami turut dibawa melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuching sebelum bertolak pulang ke semenanjung.

Sunday 16 November 2014

Kursus Asas Jahitan

IPGKTHO: Bidang Ekonomi Rumah Tangga (ERT) telah berjaya menganjurkan satu Kursus Asas Jahitan pada 16-18 November 2014 yang bertempat di makmal jahitan, Jabatan KH. Sasaran peserta kursus adalah daripada kalangan pensyarah Jabatan KH. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta kursus yang bersama-sama menjayakan kursus ini.

Wednesday 27 August 2014

Mesyuarat Penggubalan Soalan Peperiksaan Akhir RBT Semester 2/2014

MELAKA:  Jabatan Kemahiran Hidup IPGKTHO telah mengadakan Mesyuarat Penggubalan Soalan Peperiksaan Akhir RBT Semester 2/2014 yang bertempat di Avillion Legacy Hotel, Melaka selama 4 hari 3 malam.  Kursus ini diadakan pada 25-28 Ogos dan melibatkan 19 orang penggubal dan 2 orang IEE.

Wednesday 20 August 2014

Majlis Jamuan Hari Raya dan Majlis Perpisahan

IPGKTHO, Bt. Pahat, Johor : Jabatan Kemahiran Hidup telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya dan Majlis Perpisahan rakan sejabatan yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd. pada bulan September nanti. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn. Jama'iton Binti Harun. Majlis yang diadakan secara 'pot-luck' ini turut dimeriahkan oleh rakan sejabatan yang baru sahaja bersara pada awal tahun ini, iaitu Tn. Hj. Roseli Bin Mohd Tan dan En. Zulkefli Bin Ariffin. Semoga hubungan silaturrahim sesama kita akan terus berkekalan.

Monday 21 April 2014

KURSUS PENERAPAN 5S


IPGKTHO, Batu Pahat, Johor: 21 April 2014: Bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Kemahiran Hidup, Kursus Penerapan 5S telah diadakan bagi menerapkan amalan-amalan 5S dalam pengurusan harian para pensyarah-pensyarah Jabatan KH dan staf sokongannya.  Kursus ini disampaikan oleh Tn. Hj. Sukor Bin Nordin dan telah sertai oleh 13 orang pensyarah Jabatan KH. 




KURSUS MEMBINA BLOG SIRI 1/2014

IPKTHO, Batu Pahat, Johor: 17 Mac 2014: Kursus Membina Blog telah dianjurkan oleh Jabatan Kemahiran Hidup (JKH) bagi meningkatkan kemahiran membina blog dalam kalangan pensyarah JKH. Kursus ini juga bertujuan untuk menggalakkan para pensyarah membina blog masing-masing bagi tujuan peningkatan proses pembelajaran dan pengajaran pelajar. Kursus ini diadakan dengan jayanya pada 17 Mac 2014.

Thursday 30 January 2014

MAJLIS PERSARAAN TN HJ ROSELI & EN ZULKAFLI

PAGOH, JOHOR: Pada 30.1.2014, bertempat di Nasuha Herbs, Pagoh, Johor telah berlangsung majlis meraikan 2 orang pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat yang akan bersara. Majlis telah diadakan dengan program dan aturcara yang telah disusun dari awal pagi lagi dengan pelbagai informasi dan aktiviti. Program di mulai dengan ceramah oleh Penolong Pengurus Nasuha Herbs iaitu Pn Norhayati berkenaan pelbagai herba dan khasiatnya yang terdapat di ladang Nasuha yang berkeluasan lebih 3000 ekar. Para pensyarah JKH juga berpeluang melawat ladang Nasuha dengan menaiki trem yang disediakan. majlis juga diserikan dengan tayangan montaj yang diraikan, disertaikan oleh ahli keluarga dan penyampaian hadiah serta cenderamata.


Video Lawatan Ladang Nasuha Herbs [klik sini]

Sunday 5 January 2014

TAKLIMAT PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN DAN TUGASAN KERJA KURSUS KBAT DAN RUBRIK IPG

IPKTHO, Batu Pahat, Johor: 6.1.2014, bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Kemahiran Hidup(JKH) telah diadakan taklimat peperiksaan dan kerja kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) dan rubrik IPG. Taklimat disampaikan oleh Puan Radziah, pensyarah JKH selaku IEE IPG dan jabatan KH. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini berkenaan penggubalan soalan peperiksaan dan tugasan kerja kursus KBAT dan rubrik IPG. Ketua Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas atas komitmen para pensyarah JKH mengikuti taklimat ini.



MESYUARAT JKH BIL.1/2014

IPGKTHO,Batu Pahat,Johor: Pada 30.12.2013, telah diadakan mesyuarat Jabatan Kemahiran Hidup (JKH) Kali Ke 1/2014, bertempat di Bilik Mesyuarat JKH, masa 2.30 petang. Antara agenda ialah; i). Agihan Jadual Waktu 2014, ii). Persediaan Mengajar, iii). Dapatan Penilaian P&P Pensyarah dan iv). Perancangan Jabatan Tahun 2014. Ketua Jabatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah yang dapat hadir pada mesyuarat ini.