PROGRAM REKA BENTUK TEKNOLOGI



PROGRAM REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI - PENDIDIKAN RENDAH (RBT)

SEMESTER 1

RBT3101
Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional
(Introduction to Technical and Vocational Education )
3(3+0)

Kursus ini memperkenalkan kepada program Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Ia juga berfokus kepada evolusi perkembangan pendidikan teknik dan vokasional (PTV), falsafah, dasar dan fungsi serta perkaitannya dengan RBT. pengenalan kepada sistem PTV, pentadbiran dan pengurusan PTV serta RBT turut diberikan penekanan, kurikulum dan pengajaran PTV dan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di Malaysia, buku teks dan bahan sumber lain termasuk penggunaan ICT, ciri-ciri kepimpinan, proses perancangan dan penilaian RBT, peluang kerjaya dan masa depan RBT.

RBT3102
Teknologi Bahan dan Pembuatan
(Material and Manufacturing Technology)
3(2+1)

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang perkembangan teknologi dan pembuatan bahan. Pengetahuan berkaitan bahan pengikat, kemasan, barangan logam dan kelengkapan serta bahan hiasan dalaman dan luaran turut diberikan penekanan, perkembangan industri pembuatan tempatan dan penggunaan bahan kitar semula, kemahiran pembinaan projek berasaskan kayu dan logam, penerapan unsur pedagogi dan pentaksiran berasaskan projek dan kompetensi turut difokuskan.


                SEMESTER 2

RBT3103
Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
(Primary School Living Skill Curriculum Study)
3(3+0)

Kursus ini memberikan pendedahan dan pemahaman tentang kurikulum dari segi falsafah, teori dan model pengembangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, perancangan, reka bentuk, pelaksanaan, penilaian, pengurusan dan inovasi kurikulum dijelaskan, kurikulum sekolah, matlamat dan objektif pengajaran dan sumber-sumber lain, dan isu-isu semasa berkaitan perkembangan kurikulum sekolah di Malaysia.

RBT3104
Teknologi Tanaman Sayuran dan Hiasan
(Vegetables And Ornamental Crops Technology)
3(2+1)
               
Kursus ini adalah mengenai teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan; pengenalan kepada industri tanaman sayur-sayuran dan hiasan; dokumentasi dan penyimpanan rekod; pemilihan dan penyediaan tapak tanaman sayur-sayuran; penanaman; penjagaan dan pengendalian hasil tanaman; penanaman sayur-sayuran secara hidroponik; pembiakan serta pengurusan tanaman hiasan dan dan pelandskapan, pengetahuan teori dan kemahiran amali, dan kaedah tunjuk cara/demonstrasi dalam pengajaran mikro.


                SEMESTER 3

RBT3105
Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
(Primary School Living Skill Teaching Method)
3(3+0)

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kaedah mengajar bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Tumpuan diberikan kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran; strategi, kaedah, teknik pengajaran, kemahiran dan teknik menyoal, aspek kemahiran merancang pengajaran berasaskan sukatan pelajaran di sekolah rendah, kemahiran penyediaan, penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan ICT dan pengajaran makro dan mikro.

RBT3106
Reka Bentuk Pakaian
(Garment Design)
3(2+1)

Kursus ini meliputi tajuk kajian fabrik dan seni reka pakaian. Topik yang dibincangkan meliputi proses jahitan  seperti kelim, kancing, belah, penghilangan gelembung, lengan, penyudah tepi dan garis leher, mereka cipta stail pakaian, penyediaan rekod kerja dan membuat pakaian, dan penerapan unsur pedagogi dan pentaksiran.

SEMESTER 4

RBT3107
Teknologi Elektrik dan Elektronik
(Electrical and Electronic Technology)
3(2+1)

Kursus ini meliputi asas elektrik dan elektronik terhadap litar arus ulangalik; motor arus terus; pendawaian satu fasa; komponen elektronik dan aplikasi litar elektronik; asas elektronik berdigit; asas mekatronik; robotik; ujikaji litar arus ulangalik dan arus terus; mereka bentuk printed circuit board (PCB) dan projek elektronik; mendawai litar pendawaian domestik; membina robot asas teknologi rendah. Penerapan unsur pedagogi dan pentaksiran turut diberi penekanan.


RBT3108
Pentaksiran dalam Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah
(Primary School Design and Technology Assessment)
3(3+0)

Kursus ini menekankan kefahaman konsep dan prinsip pentaksiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah. Kursus ini membincangkan kesahan dan kebolehpercayaan ujian, jenis penilaian, penggunaan dan interpretasi data, pelbagai cara penilaian, panduan membina item ujian dan kaedah menganalisis item ujian, membina Jadual Spesifikasi Ujian, analisis markah dan statistik asas, peraturan pemarkahan, kemahiran pentafsiran markah serta laporan pentaksiran, kemahiran penilaian alternatif seperti penilaian berasaskan portfolio, penilaian berasaskan ketrampilan dan penilaian berasaskan sekolah.


SEMESTER 5

RBT3109
Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan dan Ikan Hiasan
(Pets and Ornamental Fish Rearing Technology)
3(2+1)
               
Kursus ini adalah mengenai teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan: pengenalan kepada haiwan kesayangan dan ikan hiasan; penyediaan dan penyimpanan dokumen dan rekod pemeliharaan; pemilihan haiwan kesayangan dan ikan hiasan; perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan; pengurusan dan penjagaan harian; pembiakan dan pengendalian; dan pembiakan ikan penyediaan akuarium dan sangkar hiasan. Kursus ini mengintegrasikan pengetahuan teori dan kemahiran amali berhubung dengan kaedah pengajaran secara kumpulan dalam pengajaran mikro

RBT3110
Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
(Business and Entrepreneurship )
3(3+0)

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang perniagaan dan keusahawanan iaitu pemasaran, kewangan, perniagaan elektronik (e-dagang), undang-undang perniagaan, keusahawanan dan perniagaan kecil serta kemahiran pedagogi.


SEMESTER 6

RBT3111
Pengurusan Makanan dan Teknologi
(Food Management and Technology)
3(2+1)

Kursus ini merangkumi tajuk-tajuk sanitasi makanan, prinsip memasak dan tatasajian; teknologi dalam penyediaan makanan serta penyediaan makanan,  elemen reka cipta diintegrasikan ke dalam penyediaan makanan, dan penerapan unsur kreativiti ke dalam pedagogi.

RBT3112
Pengurusan Keselamatan Bengkel
(Workshop and Safety Management)
2(2+0)

Kursus ini berfokus pada falsafah keselamatan dan kesihatan pekerjaan; punca dan pencegahan kemalangan; organisasi dan pengurusan serta amalan keselamatan bengkel; reka bentuk bengkel; pengurusan kewangan; pengurusan bahan dan alatan, pengetahuan tentang peraturan, perundangan dan pengurusan personel juga diberikan penekanan.


                SEMESTER 7

RBT3113
Penyelidikan Tindakan I – Kemahiran Hidup (Kaedah)
(Action Research I: Methodology)
3(3+0)

Kursus ini memberi pengetahuan tentang pelbagai kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan asas penyelidikan pendidikan. Ia juga meneroka cara-cara merancang dan melaksana satu kajian tindakan dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi, menganalisis dan menginterpretasi data penyelidikan, dan kaedah mendokumentasi hasil penyelidikan tindakan dalam bentuk laporan atau kertas kerja kajian.


SEMESTER 8

RBT3114
Reka Bentuk Berbantu Komputer
(Computer Aided Design )
2(0+2)

Kursus ini memberi penekanan kepada reka bentuk projek dengan berbantukan komputer, aplikasi lukisan 2D, aplikasi lukisan 3D (wireframe, suface dan solid) dan mereka bentuk lukisan kerja projek kerusi, tempat alat tulis, susunatur hiasan dalaman ruang bilik dan sangkar haiwan kesayangan, proses dan perancangan projek.


RBT3115
Penyelidikan Tindakan II – Kemahiran Hidup (Pelaksanaan dan Pelaporan)
(Action Research II: Implementation and Reporting)

3(0+3)

Kursus ini melibatkan kemahiran melaksanakan penyelidikan tindakan dan menulis satu laporan berdasarkan keputusan penyelidikan di sekolah. Ia juga memberi peluang kepada pelajar mengorganisasi satu seminar penyelidikan tindakan dan membentang kertas penyelidikan tindakan dalam seminar itu. Pelajar juga akan menggunakan kemahiran mereka untuk mendokumentasi dan menerbit kertas penyelidikan dalam jurnal. 


RBT3116
Proses dan Kaedah Reka Bentuk
(Design Processes and Methods)
2(0+2)

Kursus ini memberi penekanan kepada pengenalan, prinsip reka bentuk dan pembangunan produk; reka bentuk industri; reka bentuk pembuatan dan pentaksiran Pembelajaran Berasaskan Projek.

No comments:

Post a Comment